Labels

Tuesday, April 20, 2010



Tuan Haji Bujang Helmi bin Hazmi Setiausaha Politik Ketua Menteri sedang menyampaiakan Intensif Kecemerlangan SPM 2009 kepada adik Then Yew Kiong memperoleh 9A yang sedang disaksikan oleh Pengetua SMK Balai Ringin Tuan Pengetua Puan Hajah Maimunah bt. Haji Bujang dan YDP PIBG En. Jambu ak Ganing







Tuan Haji Bujang Helmi bin Hazmi Setiausaha Politik Ketua Menteri sedang bergambar bersama AJK PIBG baru dan lama SMK Balai Ringin 2010









Pelajar ambilan pertama STPM turut menyaksikan keputusan yang amat memberangsangkan dengan melahirkan pelajar ke-3 terbaik Bahagian Samarahan iaitu, Jong San Moi yang memperoleh PNGK sebanyak 3.75 dengan memperoleh 3A 1B+


Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Balai Ringin, Serian.

Kota Samarahan, Serian, 10 April 2010- SMK Balai Ringin telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi tahun 2010 yang telah bertempat di Dewan Sri Balai. Seramai 320 orang ibu bapa dan semua guru telah menyertai mesyuarat agung tahunan bagi sesi tahun 2008-2010.
Majlis mesyuarat ini telah dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan daripada Yang Dipertua PIBG Cr. Jambu anak Ganing. Menurutnya, dalam memajukan dan membangunkan akademik serta kecemerlangan anak-anak, ibu bapa hendaklah menyokong dan perlu memberikan sokongan dan galakkan sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk memastikan kecemerlangan anak-anak mereka terjamin pada masa hadapan. Misalnya, ibu bapa haruslah memantau akan anjakan paradigma anak-anak melalui pelbagai inisiatif agar mereka tidak terlalu taksub akan keadaan duniawi yang banyak mempengaruhi ketandusan paradigma anak-anak dalam pelajaran.Melalui kutipan dana dan gotong-royong yang banyak dilakukan di dalam kawasan sekolah misalnya pada musim cuti juga mampu membantu pihak sekolah bagi memastikan kebajikan dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan kondusif dan selesa.
Mesyuarat agung tahunan ini disusuli dengan pembentangan minit mesyuarat agung tahunan bagi sesi tahun 2009 oleh Setiausaha Kehormat PIBG Encik Stainly Albert Aggu.Selain itu, pelbagai usul dan perkara berbangkit telah dibahaskan.Antaranya ialah tentang masalah disiplin dan sahsiah para pelajar yang kian bernanah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Majlis diteruskan lagi dengan rombakan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi tahun 2008-2010. Melalui rombakan ini, Cr. Encik Jambu anak Ganing dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG, begitu juga dengan Encik Simi anak Gindang yang merupakan Naib Yang Dipertua PIBG SMK Balai Ringin serta beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. Beberapa orang ahli jawatan kuasa yang baru juga turut dicerap ke dalam ahli jawatan kuasa untuk mengganti ahli jawatankuasa lama yang mengundur diri.
Acara kemuncak majlis diteruskan lagi dengan sambutan ketibaan Tuan Haji Bujang Helmi bin Hazmi selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri telah disambut dengan tarian tradisional oleh ahli Kelab Kebudayaan sekolah. Ketibaan beliau adalah bertujuan untuk menyempurnakan Majlis Penanguhan Rasmi Mesyuarat Agung PIBG pada hari tersebut. Selain itu beliau juga telah menyampaikan insensif kecemerlangan kepada semua calon PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2009 yang telah memperoleh kecemerlangan dan telah mengharumkan nama sekolah. Antaranya, saudari Lee Su Ling yang telah memperoleh 8A, Umi Nurmirah bt. Saufee memperoleh 7A dan saudara Kelvin Liu Hen Ching 7A dalam PMR 2009. Manakala, saudara Then Yew Kiong memperoleh 9A dan saudara Bryan Constant (8A) pula menerima insensif kecemerlangan SPM tahun 2009. Selain itu, pelajar ambilan pertama STPM turut menyaksikan keputusan yang amat memberangsangkan dengan melahirkan pelajar ke-3 terbaik Bahagian Samarahan iaitu, Jong San Moi yang memperoleh PNGK sebanyak 3.75 dengan memperoleh 3A 1B+ dalam STPM 2009. Anugerah khas pelajar pula telah dirangkul oleh saudari Nura anak Ngali yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan aktif dalam bidang sukan.
Manakala, Encik Henry anak Kudi pula menerima Anugerah Khas jurulatih terbaik yang banyak melahirkan atlet rentas desa sekolah, Bahagian Samarahan dan Negeri.
Beliau juga turut memberikan ucapan penghargaan atas jemputan dan perasmian Majlis Penangguhan Mesyuarat. Beliau juga turut mengumumkan bantuan kewangan yang berjumlah RM 50,000 bagi membangunkan padang sekolah agar mampu menjadi kemudahan untuk menjana dan mencanai lebih ramai atlet sukan yang bermutu.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Maimunah bt. Haji Bujang. Dalam memberi ucapan beliau telah menyatakan bahawa kecemerlangan anak-anak pelajar adalah bergantung kepada bimbingan dan sokongan ibu bapa yang berterusan, di samping menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh diri anak-anak mereka. Selain itu, masalah disiplin yang melanda para pelajar sekolah juga turut menjadi tumpuan dan peranan ibu bapa untuk menanganinya amatlah diharapkan.
Tuntasnya, mesyuarat agung tersebut telah berjalan dengan lancar dan pelbagai input yang mampu diperoleh oleh para ibu bapa dan guru untuk memastikan kebajikan serta kemajuan akademik anak-anak pelajar terjamin. Oleh itu, dengan adanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG, ia mampu membolehkan ibu bapa dan guru berkongsi masalah akan cara menangani masalah disiplin anak-anak pelajar kerana anak-anak pelajar pada masa kini merupakan tonggak kepada tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan dan merekalah pengemudi kepada jentera pentadbiran negara pada masa hadapan.

Monday, March 8, 2010

Fire Drill 2010



Pelajar berkumpul depan Dewan Makan semasa sesi latihan

En. Simon pegawai Bomba dari Serian memberi taklimat

Program "Fire Drill" diadakan pada 06hb Februari 2010

AJK Ahli Kelab Seni Fotografi & Kewartawanan

Monday, October 19, 2009

Kelas Tingkatan 4 [2009]



4A2 [Siti Zaleha]



4A3 [Andy Hopkin]







4A1 [Jessica ak Libai]





4A4 [Mhd. Al-Hafiq]


4A5 [Ng Sze Fui



Kelas Tingkatan 4 [2009]



4SC 1 [ Chong Lee Joon]



4SC 2 [Tiong Ai Ling]



4SC 3 [Bong Lee Phin]

4 [Norhayatie]



Kelas Tingkatan 3 [2009]



3J [Mohd. Faisal ]


3I[ Sugi Chani]

3H [Mary Sang]



3G [Roseline Francis]


3F [Achu ak Jimbai]




Sunday, October 18, 2009

Gambar Kelas Tingkatan 3 [2009]

3D [Pn. Mariatta Joshua]


3C [Freda bt Ebir]


3B [Cikgu Bawing]




3E [Frankie Nyisau]










3A[Cikgu Sainis]