Labels

Thursday, April 30, 2009

Lukisan Yang Maha Esa


"Close up" Bentuk dan jalinan yang menarik -seni halus.

Apu!!!!!, panjai amat nya bakih!


Sawa wai!!!!!


Gambar diambil secara dekat "Close up" Tukar paparan screen kamera anda ke Macro Onn dan ambilah gambar secara dekat. Hasilnya sangat menarik. Lu..olang boleh coba punya.

Wednesday, April 29, 2009

SEEKOR AYAM BERTUKAR MENJADI ULAR SAWA

NELON ADDI
______________________________
SMKBalai Ringin, khamis, 30 April 2009
Warga SMK Balai Ringin gempar pada pagi ini dengan kehadiran seekor ular sawa. Kelihatan dalam gambar Cikgu Bawing dengan bangganya menunjukkan ular sawa yang sudah dibunuh oleh beliau. Menurut beliau, pada pagi ini apabila hendak memberi ayamnya makan, beliau terkejut melihat ayam kesayangannya bertukar menjadi sang batik. Ular tersebut terperangkap dalam sangkar ayam kerana terlampau kenyang.Oleh kerana terlalu marah dengan sang batik, beliau terus mengambil sebilah parang lalu mencincang ular sawa tersebut sehinnga mati. Sang batik tersebut dalam anggaran 3 meter panjang . Menurut sumber dari staf yang tinggal berhampiran, mereka sering kehilangan ayam dan itik peliharaan mereka. Mungkin sang batik ini lah yang selalu ngabang ke zoo warga smk balai sejak kebelakangan ini. Foto: Nelon Addi

Randau PIBG 2009


Beberapa orang tuai rumah bersama PK Hem Cikgu Sari Aji, En. Stanley (Guru Kaunseling) melawat asrama lelaki melihat keadaan asrama sekolah. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada AJK PIBG serta ketua kaum supaya mereka melihat sendiri keadaan asrama sekolah dan melihat kekurangan serta mengetahui masalah yang dihadapi sekolah sejak kebelakangan ini.
Di samping itu juga tujuan randau pihak sekolah dengan Ketua-Ketua Kaum adalah bertukar-tukar pandangan dan mencari jalan bagaimanakah menghadapi masalah disiplin murid-murid sekolah pada masa kini disamping merapatkan hubungan silaturahim ibubapa guru .

Tuesday, April 28, 2009

Randau PIBG 2009


Penyampaian sijil penyertaan sesi randau PIBG kepada Tuai Rumah En. Achu oleh En. Leong Ming Meng Penolong Kanan Kurikulum SMK Balai Ringin sambil disaksikan oleh YDP PIBG SMKBR 2009 En. Jambu di Pusat Sumber sekolah.

Sesi Randau PIBG SMK Balai Ringin 2009

Pada 31hb Mac.2009 Bahagian Unit Kaunseling SMK Balai Ringin dan PIBG SMK Balai Ringin telah menganjurkan Sesi Randau bersama semua ketua kaum dan AJK PIBG bertempat di Dewan Sri Balai. Selepas sesi tamat AJK PIBG dan semua Ketua Kaum sempat bergambar.