Labels

Wednesday, April 29, 2009

Randau PIBG 2009


Beberapa orang tuai rumah bersama PK Hem Cikgu Sari Aji, En. Stanley (Guru Kaunseling) melawat asrama lelaki melihat keadaan asrama sekolah. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada AJK PIBG serta ketua kaum supaya mereka melihat sendiri keadaan asrama sekolah dan melihat kekurangan serta mengetahui masalah yang dihadapi sekolah sejak kebelakangan ini.
Di samping itu juga tujuan randau pihak sekolah dengan Ketua-Ketua Kaum adalah bertukar-tukar pandangan dan mencari jalan bagaimanakah menghadapi masalah disiplin murid-murid sekolah pada masa kini disamping merapatkan hubungan silaturahim ibubapa guru .

1 comments:

Nelon Addi Emai said...

Makluma kepada semua AJK Kelab fotografi. Untuk upload gambar ke dalam blog, kecil kan saiz gambar tersebut dan kekalkan @ tambahkan resolusi supaya gambar tersebut cepat diupload. Dengan mengekal @ menambahkan resolusi gambar tersebut, imej tidak akan pudar atau kabur. Perisian yang boleh diggunakan untuk resize gambar, boleh menggunakan Photo Imaging, Ulead Photo Express,Photo Impact dll perisian yang sewaktu dengannya. Para ahli kelab digalakan upload gambar beberapa gambar aktiviti SMK Balai setiap minggu beserta dengan caption @ laporan ringkas. Dengan ini membolehkan para ahli menimba pengalaman bagaimana bekerja sebagai seorang jurufoto dan wartawan di samping memberi informasi kepada warga SMK Balai dan orang ramai amnya. Setiap berita yang disampaikan jangan menyentuh perkara sensitif dan perkara negatif. Selamat memasuki alam mat foto dan wartawan@kaki sebok.

Pesanan dari: Guru Penasihat Kelab'90