Labels

Thursday, May 28, 2009

"Berhati-Hati Di Jalan Raya"











"Malang Tak Berbau, Apabila Hampir Nak Gawai"










BALAI RINGIN-28hb Mei 2009.Khamis. Hasrat untuk menyambut Hari Gawai Dayak 2009 tidak kesampaian apabila tragedi yang menimpa seorang pelajar SMK Balai Ringin adik Michael Clausen ak Jerome kelas 3B dari Kampung Krangan Tekalong terlibat dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 1.30 petang berdekatan dengan simpang Pejabat Salcra Balai Ringin. Tragedi ngeri yang menimpa beliau berlaku selepas balik dari sekolah . Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Kelisa, lori simen dan sebuah motosikal yang dipandu mangsa dengan seorang rakannya. Kelihatan dalam gambar motosikal mangsa remuk terlanggar belakang kereta kelisa dan menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Serian. Keadaan beliau belum diketahui lagi dan terpaksa dikejarkan ke hospital Umum Kuching petang ini. -Nae.




Wednesday, May 27, 2009


























Guru-guru yang tamat latihan mengajar dan yang berpindah sempat diraikan dengan jamuan yang serba ringkas dan bermakna. Kelihatan dalam gambar Penolong Kanan Kurikulum sedang menyampaikan cenderahati kepada guru berkenaan. "Terima kasih Cikgu"- Nae

Jamuan Perpisahan Guru [28.05.2009]
















Tuesday, May 26, 2009

APC 2008

Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 SMK Balai Ringin. Berdiri dari kiri : En. Noruden Nong, En. Lasa Ochar, En. Gunawan b. Ali ,Stainly ak Albert . Berdiri barisan bawah dari kiri: En. Belong Banying , Pn. Helen Bong, Pn. Roseline Rungai, Pn. Mariattha Joshua, Pn. Katang Toh dan Pn. Fam Theng Boi. Tahniah!!!! Cikgu. Kelihatan dalam gambar Penolong Kanan Kurikulum En. Leong Ming Meng di barisan belakang berdiri di tengah-tengah bersama-sama para penerima APC. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini telah diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 2hb. April 2009. Majlis APC telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak Dr. Julaihi bin Haji Bujang.-Nae

Friday, May 22, 2009

Majlis Penutupan Bulan Bahasa & Sastera 2004

09hb Mei. 2004- Video & Editing Nelon Addi 04'

Wednesday, May 20, 2009

Malam Aprisiasi 2009


Persembahan Dikir Barat Gabungan Mantap Guru
dan Murid.

Selamat Hari Guru 2009


Foto Editing: Nae

Asam garam dan pahit manis sebagai seorang guru terubat apabila diraikan oleh para muridnya dengan mengucapkan "Selamat Hari Guru" serta pemberian hadiah tanda ucapan terima kasih kepada pengorbanan guru-guru yang tidak terhingga.- Nae 09'

Tuesday, May 19, 2009

Pemantun Wakil Samarahan





Pemantun Wakil Samarahan di tempat yang ke-3. Guru Pengiring Cikgu Tini Numpang dan
Cikgu Lasa Ochar- Nae,90




PERTANDINGAN PESTA PANTUN 2009

KAPIT,15 MEI 2009-Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Kapit baru-baru ini. SMK Balai Ringin telah menghantar 5 orang pemantun mewakili Bahagian Samarahan dan berjaya menempah tiket di tempat yang ke- 3 dari 10 bahagian yang bertanding. Pemantun dari SMK Balai Ringin yang mewakili Bahagian Samarahan terdiri daripada Rasida Razali, Ramzila Bujang , Marlina Medik dan pemantun simpanan Presley Nyaleh Chan dan Umi Nurmirrah. SMK Agama Igan, Mukah berjaya menjadi juara kali ini yang diadakan di SMK Kapit No.2 Kelihatan dalam gambar para pemantun bersama guru pengiring En. Tini Numpang dan En. Lasa Ochar. - Nae 09'

Friday, May 15, 2009

BATTLE OF THE BAND


Foto : Andy Hopkin ak Baruk

9 MEI 2009-Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin telah mengadakan “battle Of The Band” bertempat di Dewan Sri Balai di sini. Pertandinngan kali ini bertemakan “Cintakan Muzik,Cintai Ilmu, Benci Rokok”. Tema ini dipilih untuk menyedarkan para pelajar betapa pentingnya menyeimbangkan ilmu dengan bakat dan sekali gus menghindarkan diri daripada menjadi perokok tegar yang semakin berleluasa di peringkat remaja. Pertandingan ini merupakan cetusan idea daripada Yang Berhormat Encik Snowdan Lawan, ADUN N.25 Balai Ringin.
Sebanyak 9 buah kumpulan telah berentap dalam pertandingan ini; The Merryment,Thursday, Apple Ice, Flying Eagle, Under-18,The Beatles, Ocean Sky,The Definite dan The Crush.Masing-masing mempunyai gaya persembahan dan bentuk tersendiri. Setiap kumpulan wajib membuat persembahan pengenalan kumpulan(intro) dan sebuah lagu dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Rata-rata peserta yang mengikuti pertandingan ini disertai oleh pelajar asrama. Pertandingan ini juga telah dimeriahkan dengan penampilan khas daripada kumpulan Solid Group.
Tetamu kehormat pada malam itu ialah YB. Snowdan Lawan dan beliau telah diiringi oleh ketua-ketua kaum daripada kampung-kampung yang dibawah naungan ADUN N. 25. Dalam ucapan perasmian YB. Snowdan Lawan, beliau telah menegaskan kepada para pelajar betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan gelombang pendidikan pada hari ini untuk bersaing dengan masyarakat lain. Beliau telah menyeru kepada semua pelajar agar menyeimbangkan bakat yang ada dan ilmu pengetahuan agar dapat menjadi modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Pada malam tersebut beliau telah menyampaikan cek bernilai RM10,000 kepada pihak sekolah. Di samping itu, beliau telah menyerahkan sumbangan kepada ketua-ketua kaum yang hadir pada malam tersebut.
Juara “Battle Of The Band” pada kali ini telah dinobatkan kepada kumpulan The Merryment. Mereka telah membawa wang pulang sebanyak RM500 besertakan dengan sebuah trofi dan sijil penyertaan. Naib juara pula disandang oleh kumpulan Thursday. Mereka telah membawa wang pulang sebanyak RM300 besertakan sebuah trofi dan sijil penyertaan. Di tempat ketiga pula telah dinobatkan kepada kumpulan Apple Ice dan juga mebawa wang sebanyak RM200 besertakan dengan sebuah trofi dan sijil penyertaan. Manakala kumpulan-kumpulan yang lain telah diberi wang sagu hati sebanyak RM50 beserta dengan sijil penyertaan.

Thursday, May 14, 2009

Karya Pelajar "Hari Guru"



Hasil cetusan idea pelajar Tingkatan 5sc1 utk. menyampaikan
luahan rasa dan terima kasih kepada jasa GURU yang tiada batasnya. (Without TEACHERS- dayz are :
"Sadday, Moanday, Tearsday, Wasteday, Thirstday, Fightday,Shatterday, so Happy Teachers Day!!!! 2 a good teacher like u")- cetusan rasa dari sms 09'

Suasana Hari Guru 2009



Foto : Nelon Addi

SERIAN,Jumaat. 15hb Mei 2009-SMK Balai Ringin menyambut Hari Guru dengan mengadakan sukaneka antara guru, melawat dari kelas kelas [jamuan kelas] dan sebelah malamnya diadakan Malam Apresiasi Guru Pembina Negara Bangsa.





Selamat Hari Guru 2009



Guru-guru melawat ke kelas menjamu selera

Wednesday, May 13, 2009

STU Health Talk

SERIAN, Sabtu.25hb April 2009- Sarawak Teachers Union Cawangan Samarahan telah menganjurkan Ceramah Kesihatan kepada ahli-ahli STU. Kehadiran ahli yang terlibat seramai 60 orang. Sesi ceramah ini melibatkan 3 orang pensyarah yang di undang khas dari UNIMAS. Tujuan ceramah diadakan ialah untuk menyedarkan para ahli supaya mementingkan kesihatan dalam kesibukan tugas seharian. - Nae

Tuesday, May 12, 2009

Barisan Pemenang "Battle Of The Bands" bersama YB. En. Snowdan Lawan


Foto: Andy Hopkin.

SESI SUAI KENAL PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 2009







KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 6 2009 SESI KEDUA


13 MEI 2009-SMK Balai Ringin telah menerima kemasukan pelajar tingkatan 6 bagi sesi kedua. Ini merupakan satu lagi titik sejarah bagi SMK Balai Ringin. Seramai 50 orang pelajar telah mendaftar untuk kemasukan pelajar tingkatan 6 pada 11 Mei 2009 di sini.
Pada mingu pertama, pelajar tingkatan 6 Rendah telah mengikuti ‘Minggu Orientasi’. Program ini diadakn bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan lapangan-lapangan yang akan diambil oleh mereka kelak. Ia juga untuk menyediakan landasan yang kukuh untuk mereka memilih jurusan yang akan diceburi di peringkat yang lebih tinggi lagi. –IRAN AMING

Monday, May 11, 2009

Penyerahan Cek RM 10,000.00


Kelihatan dalam gambar, YB.En. Snowdan Lawan ADUN N.25 telah menyerahkan cek bernilai RM 10,000.00 kepada YDP PIBG SMK Balai Ringin En. Jambu yang disaksikan oleh PK. HEM Cikgu Sari Aji dan PK. Kokurikulum, En. Petrus Simon.
Foto: Then Yiew Kiong

Battle Of The Band SMK Balai Ringin 2009

























Thursday, May 7, 2009

APC 2007

Barisan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007 yang diadakan di Dewan Masyarakat Serian.
Berdiri dari kiri : En. Sidi Aji [Ketua Panitia Bhs. Iban], Pn. Anyie Rajit[P.Tadbir Rendah, En. Nelon Addi[Ketua Panitia PSV], Pn. Roseline Ling Leng Kiaw[guru], En. Andrew Teram[Guru Kanan Kemanusiaan], Pn.Juanita[P.Tadbir], Cik Shamsiah Abd. Rahman[Ketua Panitia P.Moral, Pn. Lorrie Una[Ketua Panitia Sivik dan Kemanusiaan] dan Pn. Melia Niot[Ketua panitia KT dan ERT].