Labels

Tuesday, September 15, 2009

Pelancaran 10 minit-NILAM


En.Narawi Hj Udin,Pengawai Pendidikan Daerah Serian (pertama kiri) merasmikan PelancaranPolisi 10 minit-NILAM sambil disaksikan oleh Pengetua SMK Balai Ringin Pn.Hajah Maimunah Hj Bujang(dua kiri),PK 1,En.Leong Ming Meng(pertama kanan),PK Ko-Kurikulum,En.Petrus Simon Awan,Semua Guru Kanan,guru-guru dan semua murid.







Cikgu Lily Roland yang merupakan pemenang Anugerah NILAM Ektravaganza kategori guru.


Adik Jong Siaw Moi yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2008

Adik Gracyilla Rose ak Guncheng kategori murid


PELANCARAN POLISI 10 MINIT – NILAM

SMK BALAI RINGIN-SERIAN - Selain mempraktikkan amalan membaca berkaitan dengan bahan akademik, murid-murid di sekolah turut digesa supaya membaca bahan bacaan yang lain untuk mempertingkatkan ilmu diri sendiri disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Menurut En.Narawi Hj Udin,Pengawai Pendidikan Daerah Serian sebagai tetamu jemputan khas untuk merasmikan polisi tersebut, budaya membaca amat penting dan perlu disemai serta diamalkan dalam kalangan murid itu sendiri agar mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih luas lagi. Beliau berkata sedemikian pada Majlis Pelancaran Polisi 10 Minit – NILAM di SMK Balai Ringin baru-baru ini iaitu pada hari Rabu-9 September 2009. Beliau juga menyatakan selain bahan cetakan seperti buku,majalah dan sebagainya maklumat juga boleh didapati dari internet. Budaya membaca amat penting dan aktiviti NILAM yang dijalankan di sekolah adalah sejajar dengan tuntutan Kementerian Pelajaran bagi mencapai matlamat Satu Malaysia amnya, disamping membantu murid-murid dalam pencapaian PMR,SPM, dan STPM.
Pada majlis tersebut juga,adik Jong Siaw Moi yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri Sarawak pada tahun lepas,turut berkongsi pengalaman beliau mendapat anugerah tersebut. Selain daripada itu juga,Pn.Lily Roland yang merupakan pemenang Anugerah NILAM Ektravaganza kategori guru dan adik Gracyilla Rose ak Guncheng kategori murid turut diumumkan dan berkongsi manfaat yang diperoleh daripada bacaan mereka. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengetua Sekolah, Pn.Hajah Maimunah Hj Bujang, PK1, En.Leong Ming Meng, PKKo-Kurikulum, En.Petrus Simon Awan, Semua Guru Kanan, guru-guru dan semua murid.








0 comments: